Padang Part1

4:05 AM

19 Mei 2016

Masih di Malaysia. Pukul 12.45 tunggu di L13 di KLIA2 sebelum berlepas ke Padang. Persekitaran KLIA 2 agak berbeza dengan airport yang aku pernah pergu dulu. Tapi. Itu tidak penting, tidak menjatuhkan semangat keterujaan aku untuk ke Padang.

Jam 13.21 masuk ke kapal terbang. Duduk di sebelah orang yang aku tak kenal. Okay fine. Nasib baik duduk berdekatan dengan geng lain. Sayang 1000 kali sayang, aku tak pernah duduk sebelah tingkap flight. Tak dapat nak tengok dengan jelas pemandangan atas awan. Sedih beb. Pukul 13.45 tiba di Padang, disambut oleh dua orang tourist guide yang sudah diupah dan kami menaiki bas. Bas kecil tapi sangat muat untuk menempatkan kami 14 orang. Alhamdulillah, comfortable yet freaking cold.

Selepas 15-minute-journey, makan di Restoran Lamun Ombak. Makanan di situ lebih kurang macam makanan kat Malaysia lah. Ada nasi putih, rojak, ayam masak kicap, ayam sambal, lauk sayur dan lain-lain. Aku Cuma makan nasi putih dengan ayam goring sahaja. Bagi aku, makan benda yang kering-kering macam tu pun sudah cukup membahagiakan. Aku bukan tak minat nak mencuba makanan baru tapi..yah..that’s me. Who’s going to stop me from being me by the way, huh?
Apa yang aku perasan, surau di sini tiada penghadang untuk Muslimah solat. So, kita just solat macam tu jelah tanpa penghadang.

Selepas itu, masa yang dinanti-nanti kan. Off to Pondok Pesantren Buya Hamka!
MasyaAllah beb. Aku lupa yang Abang Hanis pernah kata yang perjalanan ke Ponpes tu ambil masa 4 jam. Macam Johor ke KL! Gila lama. Mula-mula tu excited la, tapi bila dah lama-lama, rasa kureng la. Penat juga duduk lama-lama dalam bas dengan cuaca yang sangat sejuk an dingin. Tapi nasib baik la ada beberapa tempat yang kita singgah. Contohnya, Pasar Alam Lembah Anai Air Mancur.

Di situ, aku dapat tengok air terjun secara live! Tak pernah beb. Air terjun kat tepi jalan kot! Jakun kejap. Hahaha.. Next, kita pergi Puteri Minang. Jujur aku cakap tempat kecil macamtu pun rasanya dah syurga buat aku. Sebab ada jual telekung, baju batik. Kain batik, kain pelikat. Semua lawa-lawa kot. Aku rasa macam nak shopping semua barang-barang family aku kat situ. Tapi memandangkan journey kita masih baru lagi, so, aku beli untuk adik bongsu aku sahaja. Aku beli T-shirt untuk dia. Harganya 65 000 rupiah but pak cik tu turunkan harga jadi 60 000. Alhamdulillah thanks pak cik.
Balance ada 2 keping 20 000 rupiah. Kat luar kedai tu ada dua orang Indonesia (peminta sedekah dan peminta derma Ponpes). Aku bagi diorang duit balance aku tadi. Aku tak tahu la kalua duit 20 000 tu besar ke tak. Tak kisah la. Yang penting, mereka happy, kita pun puas.

Jalan nak ke Ponpes tu masyaAllah banyak gila selekoh. Lagi teruk daripada Cameron Highlands. Aku mana boleh benda-benda gini. So aku just tidur supaya aku tak terasa nak loya, tiba-tiba je bas kitorang berhenti. Rupanya, ada kenderaan lain yang akan bawa kami ke Ponpes sebab bas kami tak boleh naik atas lagi sebab itu had nya.

Sampai sana sahaja, kami terus makan. Sambal makan, Pak Zainul Ariffin taaruf la pasal Ponpes ni; kegiatan, habit, kelakuan, sistem dan sebagainya.

Ada seorang cewek ni namanya Dhia. Dhia bawak kami ke tempat penginapan sementara di Ponpes ni. Alhamdulillah selesa. Cukup katil untuk 7 orang dan mereka sangat kreatif lipat selimut kami. Ada bentuk angsa, bentuk kipas, bunga dan sebagainya. Rasa ala-ala hotel gitu.


Malam tu ada perbincangan sedikit dengan geng aku sebab katanya nak buat program dengan budak-budak di sini. Di sinilah bakat menjadi fasilitator ditonjolkan. Semoga berjaya untuk esok teman-teman! 

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts