Padang Part2

4:07 AM

20 Mei 2016

Pagi bangun lambat. Subuh pun lambat. Sarapan pun lambat. Since kita bangun lambat, budak-budak lelaki dengan Umi dan SI pun pergi jalan-jalan sekitar kawasan tu. Cuaca pagi-pagi best kot sebab sejuk, kabus dan boleh tengok view yang amazing kat sini sebab ada tasik besar.

Lepas habis sarapan, bermulalah program bersama mereka. First tu rasa susah sikit sebab kawasan dalam surau tu bergema. Agak susah untuk kita sampaikan maklumat pada budak-budak tu. Tapi, tidak mengapa, kita just go on sahajalah. First time weih jadi fasilitator budak-budak. Entah kenapa entah suasana jadi sunyi tiba-tiba bila aku taaruf kat depa. Buat cuak je.

Lepas pembahagian group dibuat, aku, SI, Aiman dengan Paan bergabung. Budak-budak kami ada lebih kurang dalam 10 hingga 11 gitu. Budak lelaki macam biasa, nakal dan responsif. Tapi budak perempuan kat sini masyaAllah pemalu sangat. Diorang sangat malu kalua ada lelaki. Bila perempuan dan lelaki diasingkan, baru diorang bersuara sikit bersama aku dan SI.

Yelah, kita semua dah biasa bergaul antara lelaki dan perempuan. Tapi diorang tak biasa kot. Baguslah tu. Kita datang sini bukan untuk liberalkan diorang. Jaga ikhtilat weih. Haaaa semua sentap.
Sebenarnya, part conclusion untuk program tu aku yang kena handle. Tapi aku dengan selamba dan bangang nya pergi ‘melarikan’ diri tanpa disedari sesiapa pun. Bodoh kan aku? Aku takut untuk keluar daripada comfort zone. Aku tak tahu sampai bila. Aku tak bersedia, tidak mahu bersedia, tidak pernah bersedia dan tidak akan bersedia. Kenapa ya?

Abang Hanis mesti kecewa aku buat macam ni, aku tahu. Maaf la semua orang, saya sangat heartless.
Petang tu, kami keluar naik trak. Terpaksa la bersempit sempit kat bahagian belakang trak tu campur lelaki dan perempuan. Nasib baik Umi dengan Abi dah kahwin. Boleh la duduk sebelah-sebelah.

Perasaan aku masa tu masih sama. Tak punya rasa apa-apa. Heartless. Feelingless. I even don’t appreciate nature and not amazed by it. Maybe sebab faktor aku pening dan loya masatu. Iman pulak dalam trak tu, dia yang paling kecoh dan teruja. Yelah, budak KL. Iman kuat ek. Kalau aku, dah tak kuat dah nak excited macam tu dalam trak sebab keadaan aku yang macam tu. Apa-apa sahajalah.
Pergi Muzium, tangkap gambar sahaja sebab muzium tutup. Lepastu, kita pergi beli simkad dan pulsa. Yeayy ada Wifi. Mula lah sesi group WhatsApp yang berebut-rebut masuk notifications aku. Bila dah ada Internet ni, aku tak lupa la nak sampaikan khabar berita aku kat family. Hiks.

Next, pak Arfan ajak kami naik bukit. Melihat pemandangan yang pernah aku lihat dulu sewaktu di Sabah a.k.a. New Zealand Malaysia. Pemandangan kabus di mana kabus tu menutupi gunung. Tak rasa apa sangat pun dengan pemandangan tu sebab dia putih semuanya, hahaha. Tapi best la sebab sejuk. Kat situ aku beli kuih apam (macam kat Malaysia punya). Kat situ ada banyak warna. So aku pun nak try rasa. Ungu, coklat dan putih. Ungu is quite rare la.

Sebelum tengok view tu, kita ada pergi beli aiskrim. Ada flavour labu dan ubi. Aku tak pandai sangat la pasal nak judge taste ni. Tapi yang penting rasa dia OK sahaja. Cukup untuk aku penuhkan perut supaya aku tak pening dan nak loya. Err. Bila naik trak tu, sama sahaja rasa dia. Tetap pening dan meloyakan.

Time for cendol! God, perut dah penuh sangat ni. Rezeki masuk masuk haa masuk. Beb, cendol tu manis sangat. Tasty yet too sweet. Kemudian, kami singgah untuk menunaikan solat Maghrib. Kat surau Indonesia ni, selamba dek je anjing-anjing berkeliaran. Aku tak culture shock sangat sebab aku memang acknowledge yang kat sini memang banyak anjing.

Bak kata Maryam, even sekarang ni kita ada kat luar negara, kita tak rasa asing sangat sebab Malaysia dan Indonesia kan serumpun. Bahasa, masakan, cara adat lebih kurang sama sahaja. Dan both countries are Muslim country so we don’t feel hard to find any mosque or surau kat sini. Feels like we’re home. Cuma, perbezaan yang paling ketara adalah kewujudan anjing. Kalua di Malaysia, dah lama kena bash dah. Tuhan, selamatkan Malaysia.

Sepanjang dalam trak tu (bahagian belakang), kami berkongsi kisah dan cerita dan pengalaman. Semuanya sumpah menarik. Aku tak nafikan. Mereka dapat ‘feel’ kat sini. Aku? Feelingless. Hahaha.. Maryam, Iman, Aiman, Aini, SI, Hakimi, Abi, Umi. Semuanya berjaya menarik perhatian aku walaupun masatu aku tengah menunduk dan pejam mata. Semuanya sebab aku loya dan pening. Haishh..

Lepas dah sampai Ponpes pada waktu malam tu, kitorang kena bincang pasal aktiviti untuk keesokannya. Semua cadang nak buat explorace dengan santri-santri di Ponpes ni. So, we’re planning who are going to be the persons in charge for every checkpoint. Akhirnya, lima checkpoints ditentukan. Sepuluh orang yang akan jadi persons in charge dan aktiviti kecil untuk lima checkpoint tersebut.


Penat kot perah otak cari aktiviti yang sesuai untuk budak-budak ni. Nak cari the relevance of the game lagi. Sumpah penat dan mengantuk. Masa tu dah lewat malam dah. Tapi tidak mengapa. Demi anak-anak Ponpes dan kegembiraan mereka!


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts