Padang Part4

4:10 AM

22 Mei 2016

Today is our shopping day! Well, actually banyak wishlists aku untuk harini sebab aku fikir souvenirs untuk family dengan team pimpinan aku yang tak pergi trip ini. Tapi, harini bukan setakat nak shopping sahaja, kita juga akan melawat tempat-tempat yang menarik di Padang ni. How glad.

First destination was Istana Pagaruyung. I don’t know what the history of that palace. But, I’m pretty sure that Istana Pagaruyung menunjukkan bentuk rumah di Maninjau which is buffalo-horn-rooftop-like. Bila masuk istana tu, Nampak la persekitaran dia besar sangat. Tiga tingkat semuanya. Kat sini, tingkapnya besar kot! Boleh acah-acah tangkap gambar candid.

Next, lunch time! Okay, lunch kali ini best gila. Best bukan sebab makanan tapi sebab restoran tu. Serious best gila. Kalau kita ada sisa makanan, campak je dalam kolam tu, nanti ikan-ikan tu datang la berkerumun nak makan. So, pinggan kitorang masa tu memang licin selicin licinnya. Baguslah restoran ni. Tak membazir makanan. Hahaha. Bagi sahaja ikan tu makan, nanti mereka pun makan lerr. Hehehe.

Oh ya, kat situ pun ada burung (tak tahu apa tapi macam helang) dan burung hantu. Ada seekor ni sebiji macam Hedwig. Harry Potter punya pet tu. Dari Manchester ke Maninjau. Huhuhu.
Perjalanan diteruskan ke Lubang Jepang. Lubang Jepang itu ialah Terowong Jepun yang dibuat oleh orang-orang Jepun masa dahulu untuk berlindung diri dan tujuan sulit. Bila masuk dalam tu, aku rasa something la. Tak panas dan tak sejuk. Just nice. Unik. Di situ juga ada guide yang sporting dan cool gila. Terbaik la.

Sambal-sambil dia bagi info dan maklumat pasal terowong itu, sempat pulak dia buat punchline dan lawak-lawak dia tu. So, tak bosan la dengar lecture dia. Menarik. Dia cakap matahari kat satu tempat ni terbit pukul 10 pagi dan benam 10 malam. Bila aku dengar tu, pelik dan rasa curiosity yang amat. Bagaimana matahari boleh terbit 10 pagi dan terbenam 10 malam? This is Indonesia! How can that happen?

Rupa-rupanya…

‘Matahari Mall’

Ada pasaraya Matahari kat situ yang buka pada pukul 10 pagi dan tutup pukul 10 malam. What the. Pandai betul mamat ni tipu orang.

Hasif be like, ‘Dekat 5 minit jugak la aku khusyuk dengar dia cakap, rupanya…’

Sabar sahajalah weih.

Next stop! Masa yang dinanti-nantikan oleh semua orang, aku tahu. Shopping! Tak ingat la apa nama tempat tu. Yang penting, kat situ ada Menara Jam Gadang. Sampai sahaja di sana, Haziq cakap kita boleh membeli belah di sana selama satu jam sahaja. Pelik. So, perempuan-perempuan di belakang ini pun membantah bahawa satu jam sahaja tidak mencukupi.

Eventually, Haziq bagi masa selama dua jam. Kumpul di tempat yang telah ditetapkan pada jam 6.15 petang dan kita akan terus balik.

Mula-mula ingatkan nak pecah dua group. Tapi macaman entah kita semua seramai 14 orang tu bergerak bersama-sama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Gitu.

Mula-mula pergi kedai telekung. Haziq suggest kedai telekung yang murah punya. Haziq kan pandai tawar menawar. Aku tak terlibat. Aku cuma beli tiga helai baju kemeja batik untuk kaum lelaki dalam keluarga aku. Proses beli telekung sahaja sumpah lama. Dekat satu jam jugak la. Maknanya, kita ada satu jam sahaja lagi untuk membeli belah. Semua sibuk nak beli telekung untuk mak, kakak, makcik la. Layankan sahaja. Oh ya, kesian pulak dekat mereka yang tak beli telekung ni. Duduk tercongok kat tepi kedai orang sambal memerhati. And their faces be like, ‘Bila lagi nak habis beli telekung ni haaa’

Aku ada ternampak kedai-kedai kat tingkat bawah tu ada jual t-shirt. Kedai-kedai kat bawah tu lebih kurang macam pasar-pasar di Jalan TAR. So, I asked Maryam and Hakimi to accompany me. Thanks korang. Mula la misi memuaskan nafsu beli t-shirt dan souvenirs lain untuk family and friends.

Lepas aku turun tu, satu, satu geng backpackers ni turun. Kedai kat bawah ni banyak pilihan kot. Tapi sedih la sebab t-shirt yang diorang jual tu tiada yang besar sangat. Paling maximum pun XL. Tak cukup.

Sellers kat sini pandai betul pujuk aku supaya beli barang-barang mereka kat sini. Yelah, plus, aku tak reti membeli belah sebenarnya. Itu sebabnya aku mudah termakan pujuk mereka. Kurang ajar betul. Hahaha. I do not even know how to say NO! okay la takpe. Let bygone be bygone. After this, you need to be wiser, Fara!

18.15 petang

18.37 petang

18.45 petang

Still tak siap lagi shopping. Kan aku dah kata. Shopping dua jam memang tak cukup. Tengah rushing ke tempat bas tu, Madihah, Aini, Maryam, and Aini stopped by untuk beli dream catcher kat satu kedai tepi jalan ni. Hahaha korang ni sempat lagi kan. It’s too late that time! But it’s okay, aku tunggu diorang habis pilih dream catcher yang sememangnya lawa dan pelbagai aneka warna. Serious lovely and handsome.

After done choosing that dream catcher, kami pun cari la bas di tengah keramaian manusia pada waktu malam yang gelap yang ditemani lampu-lampu bandar. Tak jumpa! Cuak juga masa tu sebab kami tiada kredit nak call. Yelah, kat luar negara kan, nanti kena charge lebih. Nasib baik Aini ada beli pulsa so I asked her to on WhatsApp to figure out where are the others and the bus.

Punya la gigih cari bas rupa-rupanya bas memang takde pun. Driver pergi solat kot. Tiba-tiba, Madihah ternampak diorang yang lain tengah duduk atas lantai kat situ. Rupanya diorang pun tengah cari bas dan tunggu bas. So, we joined them. Masa tunggu bas tu, Umi dengan Abi baru balik dari toko buku. Budak-budak ni apa lagi, terus teruja nak pergi kedai buku tu. Yelah, budak PKPIM kan. Erk.

So, Abang Hanis and Haziq let them go to the bookstore to buy books. Masa diorang pergi tu, aku and the rest just stay. Bas pun datang. Sekembalinya mereka dari kedai buku tu, kita pun meneruskan perjalanan ke restoran untuk makan. Yeayy makan!

Dalam perjalanan balik tu, aku macam biasa la, kejap-kejap tidur, kejap-kejap bangun sampai la bas tu berhenti. Kami menunggu trak yang sepatutnya datang tapi tak sampai juga. Silap kami juga sebab lama sangat membeli belah sampai drag masa orang lain haa. Sementara menunggu trak datang, kami pun duduk la atas jalan yang tak berapa nak bersih tu. Penat sangat kot. Dah la masa tu malam-malam. Gelap.

Setelah beberapa minit menunggu, kami pun membuat keputusan untuk mendaki jalan bukit tu untuk sampai ke Ponpes. Kau bayangkan, masa tu waktu malam, gelap, tiada lampu di tepi jalan, kami masih penat, kena mendaki bukit pulak tu. Sumpah kenangan. Masa mendaki tu, Aiman buka lagu Yuna entitled Langit. Serius feeling. Iman dah mengendeng kat aku ni. Aku pula berpaut tangan dengan Maryam. She held my hand, tight. What a lovely Maryam. Tapi serius la, itu yang paling aku tak boleh lupa. Kenangan dan pengalaman yang mencabar!

Alhamdulillah, selang beberapa minit, trak kami muncul bersama Pak Arfan dan dua orang santri yang lain. Kami dibawa ke Ponpes dan terus pulang ke bilik. Tapi, tak terus tidur sebab Abang Hanis nak buat perjumpaan untuk resolusi trip kita. Yelah, ini malam last kita semua.

Masa perjumpaan tu, aku rasa macam seronok sikit sebab nak balik dah esok yeayy. Semua orang beritahu pengalaman dan kenangan masing-masing. Menarik dan sweet untuk didengar. Serius tak tipu. Diorang semua sangat memaknai trip ni. Termasuk lah aku (walaupun tak banyak). Rasa macam feeling sikit sebab aku duduk kat tepi pintu (kot?). Merasai angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Ahh sedapnya!

Selesai sahaja sesi luahan dan cadangan tu, kami pun tidur. Aku ingat nak stay up sampai esok pagi tapi tak boleh. Mengantuk. Kembara mimpi pun bermula.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts