Padang Part5

4:11 AM

23 Mei 2016

Selamat Pagi, semua! Pagi ni macam rushing sikit. Semua berebut nak pakai bilik air. Lepas dah siap semuanya, dah kemas barang, dah kemas katil dan bilik, kami pun check out dari tempat penginapan kami yang telah berkhidmat pada kami selama 4 malam.

Sarapan seperti biasa. Tapi masa tu aku takde mood nak makan sebab apa entah. Tapi, aku gagah juga makan sikit sebab nanti lapar, susah pula. Selesai makan, aku perasan ada santri-santri yang agak besar saiznya. I mean, selama aku berada di Ponpes, aku jumpa budak-budak yang umur 13 sampai 16 tahun. Yang besar ni mungkin 17 18 tahun. Maryam pun beritahu yang diorang ni baru je sampai ponpes sebab masa diorang takde tu, diorang pergi ceramah kat masjid atau surau berdekatan. Oh ok.
Sebelum kami pergi, Syarifah beritahu yang mereka semua akan ke sebuah pantai di Padang untuk hilangkan stres agaknya. Jadi, selepas itu pun, kami disajikan sekali lagi dengan persembahan ‘Tupak Denden’ oleh budak lelaki buat kali terakhirnya.

Kami pun bersalaman dengan pelajar-pelajar perempuan di sana sambil tangkap-tangkap gambar untuk dijadikan kenangan. MasyaAllah tak percaya nak balik dah harini. Sekejap je rasa dia. Macam baru semalam kita check in Ponpes ni. Trak dah sampai, segala beg-beg yang besar tu disumbat ke dalam trak yang tak berapa nak besar tu. This is the last trip with this small truck. So I enjoyed the nature view along the journey.

Airport.

Flight.

KLIA 2.

Trip ke Padang bagi aku biasa biasa sahaja. Tidak terlalu banyak yang aku peroleh daripada pengembaraan kali ini. Tapi, sekurang-kurangnya aku berjaya mendapatkan sesuatu. Masyarakat dan kasih sayang. Skop yang terlalu luas untuk dibahaskan. Masyarakat yang pelbagai latar belakang. Kita terlalu memikirkan hal kita sehingga kita tidak sedar bahawa orang di sekeliling kita juga manusia yang punya perasaan. Masyarakat yang terbiasa dengan pelbagai adat dan budaya. Masyarakat yang saling bantu membantu dan tidak kenal erti warna kulit, bangsa dan agama. Kasih sayang antara masyarakat itu sendiri. Kasih sayang antara teman-teman. Kasih sayang antara manusia dan alam. Paling ketara tapi paling selalu kita lupa; kasih sayang Tuhan kepada hamba-hambaNya.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts