Bandung Part 2

5:27 AM

27 November 2016 

Macam biasa. Aku dah plan nak menulis setiap malam untuk perjalanan harini.

Harini hidup aku dipenuhi dengan shopping. Ya Allah. Tuhan je tahu betapa penat dan letihnya badan aku ni. Sumpah. Betul betul exhausted kau tahu?

Diorang memang betul-betul mengaplikasikan 'shop till you drop!'.

Betul wey. Tak tipu. Lagi satu ayat yang diorang set mind tadi,

"Biar menyesal beli daripada menyesal tak beli"

Kahkahkah what theee. Hahaha tapi ni memang win laaa.

Aku tak ingat nama tempat tu. Pasar Baru kot. We spent almost a day kat situ! Supposed to kita spent kat sana sampai sebelum zohor je k. Ni. Dah terlajak sangat sampai masuk asar wey. Kau bayang laaa macamane penat diaaaa.

Alhamdulillah. Kat sini tour guide kita memang menjaga kita betul la. Dia bawak kita ke tempat jual jual yang murah dan bagus la. Kat mana kita nak pergi, nanti dia tunjukkan jalan dan bawakkan. But. Yang ikut trip ni ade 15 orang. So tak bole berpisah la.

Nanti susah dia nak cari kita. Tapi takpelah kot. Sebab diorang ade dua tiga orang yang jaga kita. Kalau terpisah sekalipun, tour guide yang lain akan jaga kita. Kerja diorang ni memang aku respek. Dia menjaga dan bagi apa yang kita nak dan perlu. Hats off.

First tempat yang kita pergi. Tempat jual telekung. Aku rasa setiap kali pergi Indon ni mesti ade je yang nak kena beli telekung. Haha. Aku memula tu duduk jelah. Tercongok. Tengok mak aku and other makciks tawar menawar dengan pakcik tu.

Tempat pertama: Kedai telekung

Kelakar la weyy masa diorang bargain tu. Rasa kesian pun ade jugak kat pakcik tu weyy. Orang sekeliling dia selalu menekan nekan dia supaya turunkan harga. Haha aku pulak tak sanggup tengok dia jadi macam nak gila tadi. Hahaha nasib baik dia still stedii dan cool lagi.

Pakcik tu kept calling mak aku, 'mak datin'. Kahkahkah. Kau tahu, aku letak nama umi kat contact aku, 'Datin Umi' tau. Alhamdulillah kalau ade orang nak doa doa panggil nama dia macamtu. Manelah tahu jadi betul kan. Wakakaka.

Dia pun cakap mak aku garang! Haha. Kat situ, ramai la yang borong telekung. Mak aku katanya beli 9 ke 10 gitu. Makdik tu pun nak belikan budak budak ofis dia je dah sampai 7 ke berapa entah tadi. Memang untung la kan siapa dapat. Banyak weyyy. Siapa nak angkut benda alah ni masa balik nanti T_T

Next. Pergi tempat jual baju sulam. Kat sini aku lagilah tak berkenan. Wey aku lemah bab bab shopping ni. Kesian la ke aku ni. Tapi aku memang tak minat shopping ni. Sulam sulam lagilah amendee yang special sangat entah aku tak tahu. Asal kita pakai baju dah la kan. Kat sini haaaaaa lagilah. Ade sorang tu, Cikgu Nora macam dah borong je kain sulam kat situ. Bapak banyak. Penuh dah satu guni tu sebab banyak sangat!

Kain sulam dia lawa-lawa. Mak mane lah yang tak minat kannn

Oh ya. Lagi satu kan, kat tempat tempat macamni kan, ramai gila orang yang jual keychain, magnet, kopiah, minuman, beg dan lain lain dengan cara diorang pergi ke sesiapa yang diorang nampak dan macam memaksa maksa kita beli tau. Haha.

Kadang tu rasa kesian tapi tulah. Kalau dia asyik nak ngendeng kita suruh beli, jadi rimas lah kita. Tapi buat dek jelah kan. Lepastu nanti dia belah sendiri.

Pak Don kata ke aku, dia buat macamtu sebab tu je sumber pendapatan dia. Kat sini ramai orang susah. Sebab tu dia berbisnes dengan cara macamtu. Kena berani approach orang dan takde perasaan malu nak suruh orang beli barang dia. Ayolah. Aku tetiba teringat kat Malaysia. Kita macamni jugak kan? Tapi tak seteruk yang inilah.

Duhai pemimpin, ayolah turun ke kancah masyarakat. Lihat rakyat rakyat kau yang sedang berusahaaaa mati matian bagai nak gila nak cari pendapatan. Untuk diri sendiri, keluarga lagi. -_-



Mak aku dah ade kain yang dia minat kat sini tapi bila dengar harga, terus dia reject, alahaii bondaaa

Terbaik! Kopi disediakan percuma, even kau tak beli secebis kain pun. Generous :)

Lagi, ada banyak lagi kedai yang kitorang pergi. Kedai beg la, kedai baju la, memacam. Penat wey sumpah penat. Sakit kaki ni.

Masa makan lunch tadi, aku tanya Abang Iki, ade pergi kedai buku tak. Dia kata takde. Hahahahaha! Aku memang dah agak dah. Sebab sedara sedara aku bukan jenis yang macamtu. Aku nak pergi toko buku sebab nak belikan buku untuk kawan kawan ni ha. Harijadi diorang nak dekat. Tu yang dh plan tu. Haha tapi tak jadi. Nak buat cemana. Kan.

Tempat kami lunch :)



Kemudian. Mereka pun bershopping lagi.

Dan lagi...

Lagi...

Lagi...

Lagi...

Yeayy dah turun tangga gaya macam nak balik, tapi...

Mereka shopping lagi -_-

Dan lagi..

Dan lagi...

Bila nak habis ni...

Lagi...

Nak pergi toilet la >_<

Shopping lagi..

Lagi...

Lagi...

Dan akhirnya, finally! T_T

Next. Pergi solat jamak takhir sebab lama sangat shopping kan. Wakakaka. Kat mall mane entah tadi dia bawak supaya kita solat dulu.

Kau tahu lepas solat kat mall tu, diorang buat apa? Membeli belah lagi woiii!



Aku macam dah... errr... Duit untuk harini je dah habis banyak. Pun still nak bersakan lagi. Hahahaha. Aku cool cool je. Sebab yelah. Kita faham. Diorang nak belikan untuk family, sedara mara, kawan kawan. So it's okay. Aku faham je. Bila lagi nak ke Bandung ni kan. Tapi tulah. Sakit wey sakit.

Sementara menunggu mereka...

Dan akhirnya. Kita pun naik van dan terus menuju ke Stone Cafe. Kat sini best jugak la. Sebab cafe ni atas bukit. So kita bole nampak bandar Bandung dari atas. Nampak lawa la sebab ade city lights malam-malam ni kan. Kat sini pun ade band nyanyi live. Kat sini bole request lagu. So, Makdik tadi request lagi Killing Me Softly.

Macam pondok. 

Dan masa yang dah sekian lamaaaaaaa aku nantikannnnnnn. Balik ke hotel!

Penuh dah but belakang van ni dengan barang-barang shopping deme. Tak sanggup aku. Haha. Sampai je kat hotel, bahagikan barang lepastu masuk bilik. Cepat-cepat masuk bilik air, nak buang air, nak mandi. Badan kena segar!

And now. I am here. Menulis bende alah ni. Untuk tatapan masa hadapan. Ceihhhh aku ni. Orait sekiannn.

Fara John,
Tak pandai & tak minat membeli belah.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts