Bandung Part 3

6:56 AM

28th November.

Macam biasa. Haritu, sarapan pagi-pagi pukul 6. Kau jangan terkejut. Pukul  6 tu ibarat pukul 7. Dah terang benderang dah pukul 6 tu. Subuh pun masuk pukul 4 tau. Kami kena sarapan awal-awal sebab harini nak pergi Kawah Putih. Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang dua jam.

Kawah putih ni tempat gunung berapi la. Sepanjang dalam perjalanan, ade lah makcik aku ni buat kecoh dengan kawan-kawan baru dia kann. Memang ketawa habiss. Terookk. haha. Biarlah. Diorang nak have fun. Baik kau layan atau diam saja. Dan memang mustahil lah along the journey tu kalau kami tak tidur. Semua dah mengorok ni, tinggal pak supir tu je. haha. Kesian dia.

Sepanjang nak naik ke atas tu, aku rasa macam kat Padang pula, hehe. Sebab banyak kelok (baca: selekoh). Macam Cameron Highlands pun ada. Jadi kat situ nampak la ladang strawberi, blueberi, raspberi dan lain-lain.

Kawah Putih

Bila dah sampai je kawah putih tu, time nak keluar daripada van tu, mak aiiiiiiiii. Sejuk gilaa. Aku pulak time tu tak pakai handsock. Lagi sejuk aku dibuatnyaaaa. Okay-okay. Lepastu kami pun turun lah ke bawah. Tempat tasik tu. Tapi tu bukan tasik biasa. Aku tak tahu la warna tasik tu sebenarnya, but of course lah panas kan. Yelah, kat volcano kannn.

Tangga turun ke tasik.

Gunung berapi yang power punyeeeee


Panorama sekitar tempat mereka selfie, kahkah


Nampak lagi asap-asap dia tu.

Oh ya, masa turun bawah tu, kami kena pakai masker. Penutup muka macam untuk jerebu tu, wakaka. Emm sebab bau belerang dia kuat sangatttt. Tak tahan, busuk.

Jadi lepas dah dapat port yang lawa untuk amik gambar, diorang pun ambik gambar. Macam biasa. Tak cukup amik side ni, nak amik side lain pulak. Tak cukup nak amik angle ni, nak amik angle lain pulak. kahkah. Aku biar jelah. Malas nak photobomb ke apa ke. Lantak engkorang lah! haha

Dann..

*snap snap*

*click click click*

"Lagi lagi amik gamba sini!"

Selfie lagi...

Wefie lagi...

"Fara sini, amik gamba kat situ lawa. Nanti menyesal"

"Eh biar kita menyesal amik gamba daripada menyesal tak amik gamba"

Dan lagi...

lagi...

1, 2, 3, ...

Say cheese...

Dan begitulah seterusnya, berulang-ulang.

Nak amik gamba dengan volcano.
Tapi kabus dah tutup volcano tu.
Gempak betul gambar ni, cube tengok aku, comel je kan. haha

kahkahkah sukahati. Tak kisah je. Kenangan lah kan. Aku tak tahu la, setengah jam lebih kot kita amik gamba semua-semua ni. Setahu aku, lepas ni nak pergi kedai Pasar Baru tu lagi. Perjalanan nak balik bukan sekejap. Lagi lama korang kat situ, lagi tipis lah peluang nak ke Pasar Baru.

Dan betullah ramalan mak aku. Pasar Baru masatu pukul 5 nak tutup. Dan, we couldn't make it. Jadi, mak-mak yang kecewa ni pun upah la si Gono (penjaga dan penunjuk jalan masa kat Pasar Baru haritu) untuk belikan barang-barang yang diorang tak dapat beli masatu.

Gono amik gamba pakai whatsapp dan mak-mak ni pun tinggal pilih je nak yang mana dan Gono akan belikan! Semangat dan kesanggupan Gono ni betul-betul memikat hati dan memberangsangkan. Bagus, diorang kerja kuat. Hats off.

Jadi lepas balik daripada kawah putih tu, kami makan di Warung Masak (kalau tak silap la). Lepastu, solat kat tempat makan tu. Kebanyakan tempat makan yang aku pergi kan, ade je surau. Alhamdulillah, Ada lah jugak kemudahan nak pi solat. Selesa, tak selesa jelah.

Lepas makan dan solat jamak takhir, kami pun shopping lagi. haha penatnya dengar perkataan shopping ni. Aku tak kuasa dan tak larat betul. Takpelah. Ni trip diorang. Ikut jelah. Kau dah la beli tiket last minute. kahkahkah

Lepas habis je kat situ, kami pun ke KartikaSari. Kat sini jual kek, biskut, coklat dan yang sewaktu dengannya. Aku ade terjumpa satu coklat yang menarik minat aku. Jadi aku suruh mak aku beli. Terasa nostalgik gitu!

Lepas dah ke KartikaSari, ingatkan nak balik. Rupa-rupanya pak supir ajak lagi kitorang pergi satu outlet ni, hahahaha! Padahal aku dh set mind nak mandi tau bila dah sampai hotel. Takpe, aku masih tenang, steady dan sabar je. Mujur mood aku baik haritu.

Kat sini, tengok-tengok je. Takde beli apa-apa pun. Duit dah banyak habis weyy. Tengok-tengok lepastu balik macam gitu je. kahkahkah.

Akhirnya, mujurrr. Balik juga ke hotel.

TAPI....

Sesampai je hotel, tak boleh naik bilik dulu. Sebab ade satu pasangan ni nak sambut anniversary diorang, hahaha. Sebabtu diorang beli kek tadi kat KartikaSari tu. Okay-okay. Lepastu, dapat tahu drpd Abang Iki yang besok pulak anniversary Makbib dengan PakDon. Jadi mula lah sesi amik gamba sesi suap menyuap the best couple for that day, wakakaka.

Then, barulah aku dapat naik bilik dan mandi dan segarkan badan! Such a bless tau. Ya Allah barulah rasa boleh bernafas sikit.

Ingat nak rehat-rehat dulu, tapi mak aku suruh tolong dia kemas-kemas barang untuk bawak balik esok. Kau kena tahu, beg kitorang sekeluarga je banyak macam apaa. Kau bayang la, 10 telekung, 10 kain sulam, beli beg-beg baru, keychainnye lagi, tambah pulak dengan beg-beg kami sekeluarga. Memang sakit jugak bila tengok. Aku turut perintah je.

Betul jugak kena susun barang-barang yang kita beli ni semua. Contohnya, kan mak aku beli telekung 10 helai, mak aku tak boleh letak semua telekung tu dalam satu beg. Kena asing-asing kan. Takut masa kat kastam nanti, dia fikir kita ni nak berniaga.

Aku terfikir jugak ni, Kenapa tak terus terang saja kat kastam tu yang kita beli banyak-banyak ni sebab nak bagi sedara mara, kawan-kawan dan adik-beradik? kahkahkah, noob betul aku.

Jadi lepas kemas-kemas tu, amik masa sikit berbual dengan kawan dan terus terlena. Esok pagi kena gerak awal-awal sebab nak naik flight!

Fara John,
Tak berapa minat amik gamba banyak-banyak.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts