Bandung Part 4

7:13 AM

29th November.

So today is the last day..

Lepas sarapan, aku tidur jap, kahkahkah! Jangan nak komplen lebih-lebih. Aku tak rehat dengan proper malam tadi, bagi aku chance sikit nak tidur.

Pukul 8.30, turun bawah, bawak segala mak nenek beg yang beranak-ranak ni. Dikhabarkan, diorang provide lagi satu transport untuk bawak beg kitorang ni, ahaha! Banyak weyyy, kau rasaaaaa :P

Inilah member-member yang 3 hari bersama aku di Bandung.
Baju pink depan tu, Faiz selaku tour guide.
Dan baju hitam depan tu selaku Pak Supir.

Sesampai je di airport, amik gamba lagi. Gambar yang menunjukkan betapa banyaknya beg-beg kami ni :P


Bila tengah tunggu flight tu kan, aku baru jumpa kedai buku weyyyy! T_T

Tapi buku-buku tu semua dalam bahasa inggeris, haha aku nak buku indon punye. So, aku tengok-tengok jela weyy. Tiba-tiba acah jadi budak PKPIM kat sini. "Bawa buku ke mana-mana" kahkahkah.

Aku ingat la flight pukul 11, rupanya pukul 12, haha kesian aku, penat menunggu. 

Dan kalini aku tak duduk sebelah tingkap, tapi aku dapat duduk dekat dengan yang lain, yeayyyy! 

Emm, akak-akak Air Asia ni lawa-lawa lah. Seksi dan slim. haha, saje cakap. Tapi aku pelik, memang semua pramugari kena warnakan rambut jadi coklat oren ke cemana? Sebab masa flight haritu pun rambut semua macamtu, haha wallahua'alam. 

Nak jugak slim macam depa, huhu.. 

Alhamdulillah, around 3 pm waktu Malaysia, kami sampai ke Malaysia! Alhamdulillah, syukur..

Solat jamak dan kami pun pulang. Mulanya, mak tua ajak pergi rumah dia. Rindu kat anak-anak dengan cucu dia lettew. kihkihkih. Tapi kami tak pergi pun, sebab dah terlepas jalan. So, balik jeeee. Alhamdulillah, balik terus gelojoh tengok barang-barang yang dibeli. 

Semua teruja dan aku berlagak cool macam biasa 8-)

Fara John, 
Yang tiba-tiba sakit tekak, sakit kepala, rasa sejuk yang teramat dan sakit seluruh badan. 

Mohon doakan kesihatan Fara :)


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts