Review: Rindu

12:35 AM


Karya kedua Tere Liye yang aku baca ialah buku bertajuk Rindu ni. Buku ni agak tebal kalau nak dibandingkan dengan buku Pulang haritu. Aku nampak kat bahagian depan yang buku ni dah dicetak sampai berbelas-belas kali. Jadi ini yang buat aku rasa tak sabar nak baca.

Aku tak tahu la sesuai atau tidak nama buku ni dinamakan RINDU atau tak. Sebab tak banyak pun cerita yang berkenaan pasal rindu ni. wahahaha. Tapi takpelah. Dah penulis nak namakan macamtu, ikut suka dia lah kan. Dan aku pun buntu buku ni siapa watak utama sebenarnya?

Daeng Andipati? Gurutta? Anna dan Elsa? atau... Ambo Uleng?

Sebab kalau nak ikutkan aku, kalau buku ni dah dinamakan Rindu, Ambo Uleng lah yang pantas menjadi watak utamanya. Tapi entahlah. Jarang pulak penulis ni bercerita pasal Ambo. Bila dah nak akhir-akhir buku ni, baru banyak cerita pasal Ambo. Sekali lagi, eh sukahati penulis ni lah kan.

Kisahnya bermula bila mereka nak pergi meninggalkan tanah air masing-masing untuk menunaikan haji. Tapi buku ni menceritakan tentang cerita masa zaman dahulu. Jadi mereka ke sana naik kapal haji yang digelar Blittar Holland. Perlu melalui lautan yang maha luas untuk sampai ke Jeddah. Dan berhenti seketika di mana-mana pelabuhan untuk mengambil penumpang haji yang lain dan mengisi semula barang-barang keperluan kapal - makanan, arang dan lain-lain.

Mengisahkan tentang macam-macam cerita suka, duka, pahit, bahaya dalam tempoh masa berbulan-bulan di atas kapal haji. Bila aku baca buku ni, aku macam bosan sikit sebab balik-balik rutin yang sama mereka lakukan - makan, bermain, belajar, tidur, solat jemaah, tiba ke pelabuhan lain dan sebagainya.

Tapi penulis ni bijak, dia tak bagi kita bosan sangat sebab watak-watak dalam buku ni menceriakan lagi suasana dalam kapal. Watak Gurutta yang berbincang dengan jemaah lain untuk mengadakan aktiviti harian untuk anak-anak kecil. Yelah, mereka ni tak sekolah selama lebih kurang 9 bulan (sebab perjalanan ambik masa berbulan-bulan). Jadi rasa membazir pulak kalau budak-budak kecik ni nak main saja.

Kemudian, penulis ni menyediakan lima soalan yang datangnya daripada watak-watak yang berbeza. Dan aku kira, soalan-soalan ni yang biasa kita dengar. Tapi, jawapan-jawapan untuk soalan ni boleh tahan kita tak terfikir pun. Setiap kali soalan yang dilontar, pasti Gurutta yang akan jawab.

Tapi, untuk soalan yang kelima, Gurutta yang bertanya dan Ambo Uleng lah yang jawab.

Dan banyak lagilah perkara yang terjadi sepanjang di dalam kapal tu. Dan untuk pengetahuan korang, setiap-setiap soalan itu disertai dengan beberapa kejadian yang tak terduga dan menyakitkan.

--------------------------------------

Soalan pertama daripada Bonda Upe, guru mengaji anak-anak kecil di atas kapal.
 “Aku adalah mantan Cabo (pelacur), apa mungkin Allah mengijinkan aku untuk menginjakkan kaki di Tanah Suci?”


Soalan kedua daripada Ruben Si Botswain, teman sebilik Ambo Uleng.
“Apa itu kebahagiaan sejati?”


Soalan ketiga daripada Daeng Andipati, bapa kepada Anna dan Elsa, juga orang terhormat dalam kapal.
“Bagaimana caranya agar aku bisa menghapus kebencian yang sudah bertahun-tahun ada dalam diriku?”


Soalan keempat ialah daripada Ambo Uleng, kelasi pendiam yang sangat setia akan gadis yang dicintainya.
“Kami saling mencintai, namun orangtuanya malah menjodohkan dengan orang lain. Menganggap aku tidak punya derajat yang sama, aku yang menolong dia saat kapal kami tenggelam. Aku yang tahu semua tentang dia, kenapa harus seperti ini? Kenapa kami tidak bisa bersatu?”


Soalan kelima pulak daripada Gurutta, Tuan Guru Ahmad Karaeng, ulama' hebat yang pada waktu itu sudah menyiapkan senaskhah buku tetapi ditangkap atas kerana tajuk buku itu yang mengkontroversikan.
Pertanyaan terakhir adalah tentang rasa takut dan cemas, tentang sebuah trauma yang tidak berujung.


Soalan-soalan ni aku copy paste daripada blog Nasirullah Sitam. Terima kasih ya.

Punyelah malas aku nak tengok buku ni balik apa dia soalan-soalannya. hehe. Bole klik kat nama Nasirullah Sitam tu, dia pun buat review jugak.

kahkah. Nampak tak macam takde kaitan sangat dengan tajuk buku ni? Tapi takpelah. Takkan lah setiap masa penulis ni nak cerita pasal kerinduan Ambo Uleng kepada gadis yang dia suka tu. Boleh jadi bosan jugak tu kalau selalu nak bercerita pasal perasaan cinta dan rindu tu, kan.

Aku ni pun satu, macam tak puas hati sangat dah kenapa haha.

Kesimpulannya, kalau korang nak try baca novel-novel Indonesia ni kan, try lah yang Tere Liye punya novel. Sebab kita macam tak sangka dengan setiap plot yang ada dalam novel dia tu. Kadang-kadang tu rasa mind-blown jugak lah dengan pemikiran penulis ni. Aku respek!

Tak skeptik dan common macam novel Malaysia yang kita baca. Although there are few novels yang quite fantastic dan reasonable jugak. Aku tak generalize semua novel Malaysia macamtu. kahkah.

Aku cume cakap KALAU nak baca novel Indonesiaaaaaaaaaaaa ok, KALAU.

Belilah yang Tere punye. Eh banyak lagi yang korang boleh beli. Andrea Hirata pun okay kot. Entahlah, aku tak pernah baca buku Andrea, but people say buku dia pun quite awesome, so up to you guys la k.

Asalkan you alls still membaca, baca dan membaca. Bangsa membaca kan bangsa berjaya, tak gitu?

Dah azan asar ni, eloklah kita solat dulu.

Fara John,
Peminat yang baru nak tegar kepada Tere Liye.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts