Review: Surihati Encik Pembunuh

11:12 PM

Novel 'Surihati Encik Pembunuh' karya Hilal Asyraf ini merupakan sambungan daripada trilogi 'Hero' dan 'Pemburu' yang pernah diterbitkan beberapa waktu dulu (Hero) dan baru-baru ini (Pemburu). 

Trilogi: Hero > Pemburu > Surihati Encik Pembunuh



Bang Hilal ada menyatakan dalam ruangan 'Dari Meja Penulis' nya yang beliau ingin melakukan eksperimen tentang tajuk buku yang agak 'catchy' daripada buku-bukunya yang lain memandangkan trend sekarang yang suka meletakkan tajuk novel sedemikian. Sehinggakan ada yang tak percaya dengan tajuk novel 'Surihati Encik Pembunuh' milik Bang Hilal Asyraf ni!

Novel ini mengisahkan tentang seorang pembunuh yang bernama Faisal atau dikenali sebagai 'Izrail' yang ingin berubah ke arah kebaikan tetapi dalam proses perjalanan ingin berubah itu, beliau diuji dengan banyak dugaan dan cabaran. 

Kisahnya bermula apabila beliau berjumpa dengan Amirah, teman lamanya di Restoran Tarbawi dan lebih memeranjatkan, Faisal berani melamar Amirah waktu itu juga! Tiada perkenalan, tiada hubungan, tup-tup sudah ajak menikah. Kau kalau kena lamar, mesti tergedik gedik dan cepat perasan. Tapi, Amirah tidak. Dia cool dan tenang.

Faisal benar-benar serius ingin menjadikan Amirah sebagai surihatinya kerana perwatakan Amirah yang lemah lembut dan beragama. Faisal berharap dengan memilihnya, Faisal boleh meninggalkan kerja kotornya yang telah membunuh lebih daripada 800 manusia di muka bumi ini. 

Faisal terlibat dengan sebuah organisasi jahat iaitu, 'Organisasi Hitam' atau nama syarikatnya, BlackSky Property yang diketuai oleh Maximus, Luke sebagai orang kanannya, dan pembunuh terhandal mereka (Zee, Bull, Liz, Aiden, Ramesh dan Faisal). Apa yang menarik, setiap kali Faisal diberi tugasan oleh ketuanya, Faisal tidak akan pernah menerima tugasan yang memerlukannya untuk membunuh perempuan dan anak-anak kecil. Terselit juga rasa kagum aku pada watak pembunuh yang 'baik hati' dan 'bertimbang rasa' ni. 

Jadi, suatu hari, Faisal nekad dan menyatakan hasratnya untuk keluar daripada 'Organisasi Hitam' kepada Maximus. Maximus sudah tentu memberikan Faisal syarat sebelum keluar daripada 'Organisasi Hitam' itu, iaitu dengan melakukan tugasan terakhir yang tidak pernah berani dilakukan oleh pembunuh lain dan ia melibatkan pertarungan hidup dan mati yang sengit. Maximus sebenarnya merancang sesuatu yang buruk buat Faisal dan seluruh Malaysia, tapi perancangannya disimpan kemas, tiada siapa yang tahu.

Faisal bersetuju. Setelah selamat menikah dengan Amirah, Amirah banyak mengajar Faisal tentang agama. Tetapi, suatu hari, sesuatu telah terjadi. Tanpa disangka, Amirah merupakan seseorang yang pandai simpan rahsia juga! Rahsia apa? Kau kena baca. Sebab rahsia tu yang telah menyebabkan Faisal dan Amirah bergaduh. 

Mesti kau tertanya-tanya, apa akan terjadi pada Faisal sebab dia dah bunuh ramai orang. Tapi, dalam masa yang sama, Faisal dalam proses nak berubah kan. Hukuman di dunia? Hukuman di akhirat? Dan mesti kau tertanya-tanya, siapa sebenarnya Amirah kan? Kau baca la! 

Terlalu banyak scene 'aksi' dalam novel ni. Dan aku kagum setiap kali penulis menerangkan dan 'elaborate' aksi yang dilakukan oleh Faisal dengan sangat terperinci. Jadi mudah untuk aku membayangkan situasi yang sedang berlaku. Tak cukup dengan itu, sebagai seorang anak Malaysia yang jakun, banyak kali juga aku kagum dan 'wowww' dengan teknologi yang terdapat dalam negara Malaysia waktu itu. Teknologi 'memudarkan muka', sut kalis peluru, dan macam-macam lagi.

Untuk kau yang minat aksi-aksi sebegini, eloklah kau baca buku ni. Tidak terlalu berat dan mudah difahami sebab daripada gaya cerita pun, bagi aku sangat licin dan tersusun. Paling menyeronokkan dan 'thrilling' bagi aku ialah di mana penulis banyak memasukkan 'scene-scene' yang tak dapat aku jangka. Banyak elemen 'surprise' di peringkat konflik dan akhir cerita. Jantung pun berdegup laju! 

Ada seorang watak dalam novel 'Pemburu'  yang ada dalam novel 'Surihati Encik Pembunuh' ni dan aku sangatlah terujaaaaaa! Mereka bekerjasama untuk menentang Organisasi Hitam tu. Kalau kau dah baca novel 'Pemburu', mesti kau tahu siapa dia kan? ;) Tak cukup dengan itu, ada lagi satu watak misteri yang cuba diketengahkan oleh penulis. Kau nak tahu? Kau baca la! Yang penting, aku sangat teruja :D

Untuk PBAKL yang akan berlangsung hujung minggu ni, aku harap ramai yang akan membeli novel Hilal Asyraf ni. Serius seronok dan bermanfaat! Sebarkan biar orang lain tahu! Tahniah Hilal Asyraf untuk novel ini :)

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts