Review: Seksi Ovari

1:51 AM




Seksi Ovari. Kalau dengar je nama ni, mesti orang boleh fikir lain. Aku rasa masih lagi ada antara kita yang merasakan tajuk buku ni 'taboo'. Tapi bagi aku, biasa je. 😅

Okay. Ini buku puisi pertama yang aku beli. Aku tak tahu kenapa masa pergi booth Gerak Budaya tu, aku capai buku ni dan terus bayar di kaunter. Mungkin sebab aku fikir aku ambik subjek 'poetry' di UIA, so I plan to buy one.

And you know what, it's worth it!

Puisi dalam ni ada cerita pasal ibu, kawan-kawan dan musuh. Tapi buku Seksi Ovari ni lebih banyak tekankan pasal hubungan lelaki dan perempuan.

Kak Fazleena banyak tulis puisi tentang hubungan lelaki dan perempuan itu perlu pergi lebih jauh lagi; alam perkahwinan.

Itu apa yang aku nampak la.

Dan kadang-kadang tu, ada juga yang macam aku tak faham isi puisi tu. Dan puisi tu seolah cerita pasal hubungan seks (not literally and techincally, hanya sekali imbas macamtu, dont get me wrong guys). Mungkin sebab aku belum kahwin kot? 😂

So aku gelak jelah masatu. Hahaha aku dah lebih 18 tahun kot! So aku tak kisah dan teruskan ke puisi seterusnya. Aku tak jadi horny la lepas baca hahaha wekk :P

Terima kasih Kak Fazleena sebab setiap kali saya ada masalah dengan 'dia', saya baca buku ni dan saya terpujuk sendiri. Dan oh ya, penulis juga tak lupa untuk kita sebagai perempuan supaya jadi lebih berdikari dan berani hidup sendiri.

Sebab akhirnya kita akan hidup sendiri. Kenapa perlu takut, kan?

Buku ni buat aku sedar, lelaki bukan segala-galanya. Ayat lelaki memang manis dan penuh dengan janji. Dan itu adalah kelemahan kita sebagai perempuan. Aku tahu sebab aku tengah rasa. Dan aku selalu kata dengan diri aku supaya jangan berharap sangat sebab kita masih terlalu muda dan perjalanan kita masih jauh lagi. 😂😂

Oh damn it. Kenapa la tak terfikir lagi dari dulu?

Ahh banyak sangat yang aku dapat dari buku ni. Buku ni mengajak aku untuk jadi lebih serius dalam hidup. Ke mana arah tuju kau lepas ni and so on. Kita mesti mandiri bila sendiri! 💪

Terima kasih penulis! Sayang penulis muahhh 😘

Fara John,
Yang sedih sebab akak tak approve friend di FB kahkahkah gurau! 😂✌

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts